Tuesday, June 30, 2009

Minggu yang terumbang-ambing..

Hidup manusia macam roda...
biasalah itu...
lumrah manusia.....
kejap di atas,
kejap di bawah...

hanya kita yang mengerakkan roda tersebut...
kita yang mencorakkan kehidupan kita.......

selalu begitu...
aku hanya mampu menasihatkan orang...
tapi diri sendiri...
entahlah...tak berkesan nasihat aku sendiri...

mungkin aku kurang keyakinan diri...
apakah daya...
aku manusia yang lemah yang perlu petunjuk dari orang....

ok...
apa berlaku minggu ini...

yang pertama...
kawanku en ong tidak berjaya memperolehi lesen...
dia kandas untuk buat parkir...
aku kesiankan dia...
kerana sebelum ini dia stres menunggu hari ujian itu...
tak apa cuba lagi...
jangan menyerah kalah....
hahahaha...

aku juaga menonton filem kesukaanku
transformer revenge of the fallen...
jika tak silap itu tajuk filem tersebut...
aku curi-curi tengok..
jika bapaku tahu...
nahas aku...

di T.S aku terserempak dengan kawan ku
en prabu and cik j...
hahaha..
mereka menonton filem drag me to hell
katanya filem itu tidak seronok...
apa-apa pun filem yang aku tonton memang yang terbaik untuk tahun ini...
teknik C.G.I dia sangat cangih tak dapat ditandingi malaysia
untuk masa sekarang...
ramai pelajar MBS menonton wayang hari itu...
terima kasih en.edmund membelikan tiketku...

seterusnya...
bbq ni rumah en. chun kit...
sebenarnya kau tidak mahu pergi...
tapi atas desakan kawan ku..
en prabu dan en edmund
ku turuti jua...

disana aku tidak 'enjoy' sepenuhnya...
kerana risau kerana aku keluar curi-curi...
akhirnya aku ada disana sampai pukul 12.30 a.m
'walao'
sampai rumah pukul 1.ooa.m

nanti saya akan 'mengupload' gambar
biar gambar berbicara...
"next post ok"

lagi apa yang berlaku?

aku menghadapi masalah....
hari pertama sekolah sudah deman...
ini semua kerana aku risaukan kawan ku
en azrin...
aku sangat risau sehingga tidak tidur malam...
dan malam ahad itu aku diganggu oleh kawanku yang ingin bunuh diri iaitu en x (bukan nama sebenar)

pening aku...
akhirnya
hari isnin aku dihalau balik kerana sekolah risaukan
penyakit H1N1...
kesian aku dihalau...

samapilah hari selasa...
hari ini...
ok...
pn ng hendak sangat jumpa aku...
dia sangat risaukan aku....
en ong ceritakan masalah aku kepada pn ng
dia risaukan pelajaranku...

aku tak pernah dapat kawan yang begitu menghargai dan sangat ambil berat terhadap aku...
aku terharu sehingga menangis...
bersyukur aku dapat kawan seperti dia...

hari ini ada pertandingan antara kelas...
kelas ku kalah kepada wesley dalam dua acara...
bola sepak dan bola keranjang...
tahniah wesley...

sungguh penat aku hari ni..

aku merindui seniorku...
masa teringat lagi
nasihatnya
bedikarilar lar..
en jeevan...
apa khabar dia??
harap dia berusaha mencapai cita-cita....

than you mr ong...

sampai di sini saja
mengharap hari yang lebih baik esok..

Wednesday, June 24, 2009

Hari yang penuh kesedihan...

Aku tak tahu nak buat apa lagi...
sengaja aku tidak ke sekolah hari ni...
entah mengapa ibu aku membenarkan ku untuk tidak ke sekolah...
'maybe' ibu ku faham perasaan anaknya yang kehilangan mak angkatnya...
ya memang aku sangat sedih...



aku mendapat berita yang mak angkatku dalam keadaan koma....
dan aku bercadang untuk melawatnya semalam....



hidup aku memang sibuk...
entah mengapa....
semua kerja yang aku buat semalam tak menjadi...


selepas habis perlawanan sepak takraw....
anjuran kelab sepak takraw....(MESTILAH...habis tu kelab apa lagi)
sepatutnya aku bertugas bersam rakanku en. ong....
tetapi aku hanya datang pada perlawanan akhir sahaja....

salah aku juga.....
sebab mana ada manusia buat 4 kerja dalam satu masa.....


semalam ada mesyuarat KPJ,
nak uruskan lawatan ke rumah Pengasih,
minta tandatangan cikgu untuk 'Testimonial"
ajar 'junior' buat RM...
folio seni....yan tak habis-habis...


pening kepala ku....

akhirnya...
aku mengambil keputusan untuk membuat kerja itu serentak...

selepas habis perlawana sepak takraw....
aku pulang bersama rakan ku...en. ong...
kesian dia...
dia sedang risau tentang ujian memandu...
aku berdoa dia lulus ujian tersebut....

aku sampai rumah tepat jam 4.35p.m..
aku berehat untuk 10 minit...
dan selepas itu bersiap-siap untuk pergi ke hospital....


tetapi alangkah sedihnya...
ibuku membawa berita sedih...
rupa-rupanya...
mak angkatku telah meninggalkan dunia pada malam semalam....
aku agak terkilan

sebelum ni sama juga...
kawan ku yang menghidap denggi..
aku berjanji nak melawatnya...
oleh kerana aku telalu sibuk....
aku tak ada masa untuk melawatnya...
akhirnya aku mendapat khabar berita yang dia sudah meninggal...
oh...

adakah aku kawan yang kejam??
maafkan ku kawan ku...
semoga roh mu tenang....

kawanku en.edmund pernah menasihatkan ku
supaya memberi masa untuk diri sendiri...
dan jangan terlalu sibuk....

aku tak mendengarnya...
malah tidak mempedulikannya....

aku sedih dan menyesal.....

sekian...
mengharap hari yang lebih baik esok....

Tuesday, June 16, 2009

Akhirnya....

sudah sekian lama ku menyepi....
akhirnya aku mengemas kini juga blog ini....

ya memang betul banyak perkara yang berlaku kepada ku yang membuat ku terumbang ambing...
aku binggung....

semacam hidup ini tak bererti lagi...
seringkali ku memikirkan lebih baik mati sahaja daripada meneruskan hidup yang penuh dengan cabaran dan dugaan...

ya memang betul manusia tak boleh lari dari masalah....
tapi apakah daya apabila masalah untuk makin lama makin bertambah....

setiap hari aku cuba mengembirakan orang dan membantu menyelesaikan masalah mereka...
walaupun aku berjaya mengembirakan mereka....

aku tetap sama....
masih tak berubah....
hatiku masih kosong...

walaupun kawan-kawanku cuba membantu...
mereka berjaya...
tapi hanya untuk sementara.....
kadang-kadang aku berpura-pura untuk senyum...
tapi dalam hati siapa yang tahu....

aku telah 'delete' semua blog yg lepas untuk menjaga perasaan orang....
walaupun sebelum ni aku ada 3 blog yg aktif....
akhirnya aku menjadikannya satu....
cukuplah satu....

sampai sini sahaja hari ini...
mengharap hari yang lebih baik esok...